Tuesday, February 9, 2010

Moyang Saya

Moyang saya namanya Ngah, tiada gambar didalam simpanan.
Sepanjang yang saya tahu, dia mempunyai 3 orang anak.


Anak yang sulung namanya Long, iaitu aki saya,
nama panggilan adalah Aki Haji Long
atau Pendekar Long,
seorang guru silat yang terkenal didaerah ku.

(sumber gambar: Koleksi Chu Nerus - anak beliau)

Anak kedua namanya Tahir , selalu di panggil Aki Haji Tahir,
diantara orang yang kaya di kampung ku pada masa itu.
Juga orang yang mendahului orang lain dalam hal mengerjakan Haji.
(tiada gambar: sumbangan di alu-alukan)

Anak bongsu pula namanya Osman,
Aki Chu Man ini dikira orang besar-besar jugalah.
Pada masa itu jawatan Tok4 Kampong sangat hebat.
Kawasan seliaannya mencakupi beberapa mukim, iaitu dari
mukim Teluk Sentang hingga ke Bintang
dan dari Loyang hingga ke Bangau,
(sumber: cerita lisan yang saya dengar)

(Sumber Gambar: Koleksi Mat Azi- Cucu beliau)


Ketiga-tiga aki ini telah lama meninggal dunia dengan
meninggalkan ramai zuriat keturunannya.
Walau bagaimana pun, saya hanya mengenali mereka setakat duapupu saja.


Bukan beralasan tetapi mungkin saya tidak bagitu sempat mengenali saudara mara kerana selepas tamat tingkatan tiga, saya terus merantau ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran dan seterusnya berkejaya di Pasir Gudang, Johor
dan bertemu jodoh dengan seorang jejaka kacak JB. :)


Jadi tujuan blog ini di buat adalah untuk
mengumpulkan saudara-mara dari keturunan aki-aki saya ini.

Jika anda merasa ada kaitaan dengan mereka,
email saya melalui norziahg@tm.net.my

Salam Persaudaraan dari saya
Yang Jauh di dekatkan,
yang dekat di mesrakan

2 comments:

  1. saya ada satu salinan gambar pendekar long macam dalam gambor ni.

    duduk dari kiri cikgu jantan, cikgu long
    berdiri dari kiri jaapor sebelas, por bintang ulu.. gambar dlm simpanan saya tu saya simpan dari arwah aki saya cikgu ismail kg raja songsang.

    ayoh saya nazri. pernoh belajor silat dgn cikgu long tahun 1970. kendian nyambung dgn cikgu mail sampai dia meninggal.

    ReplyDelete
  2. terima kasih melayari blog ini. sudah lama saya tidak membukanya

    tahukah En Nazri? Anak Cikgu mail yang bernama rajmah berkahwin dengan bapa Saudara saya iaitu Cikgu Kidam, adalah anak Cikgu Long , aki saya

    ReplyDelete