Thursday, June 24, 2010

Gambar Lama - Lokasi Surau Kuala Sanggang

Sebahagian besar didalam gambar ini adalah bapa-bapa saudara ku
Kelihatan Piktang Choh, PakAndakLah, PakCekSidek dan Bedul
serta arwah aboh saya Khatib Zali dan PakNgah Yas.


(gambar Ehsan Ayie Janggut - FB Kome Orang Sanggang)

nota: surau ini terletak di hadapan kanan rumah aki, yang kelihatan dicelah tingkap dibelakang gambar abah (berbaju melayu biru)



Wednesday, June 16, 2010

Al Fatihah Untuk Ayah Baduk

Ayah Baduk telah kembali ke rahmahtullah beberapa hari yang lalu. Beliau sakit tua.
Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Al Fatihah

Ralat

Bertuahnya anak saudara yang seorang ini, nama bapa saudara pun tak ingat. Bukan PakCek Kudus tapi PakCek Sidek, Terima kasih kepada yang memberi teguran


Teguran dan sumbangan sangat dialualukan

Monday, March 22, 2010

Sang



Saya baru balik dari kampong kerana hadir majlis Kesukuran & Akikah Zara Amani, anak perempuan pertama Sang. Tiga orang anak beliau sebelum ini semuanya lelaki. Sang bertemu jodoh dengan Ina dari Trengganu, dengar nya secara kebetulan ada kaitan juga dengan Che' Hawa, wan beliau. Sang adalah adak sulung PakCek Kidam

Shang (berbaju kotak-kotak) semasa kecil

Saudara Mara di Kpg Badok

Moyang Saya Ngah ada adik perempuan. Dari keturunan beliau, berkembanglah saudara mara di Kpg Badok. Nampaknya pencarian ini semakin menarik untuk diteruskan.

Ralat - Ayah Hussien

Terima kasihkepada seseorang yang tidak mau disebutkan namanya disini. Ayah Hussien bukan anak Aki Haji Tahir tetapi menantu. Anak beliau adalah Rubiah atau Sopiah (kalau tak silap katanya), ibu kepada Ngah Siteh, Kak Intan dan Kak Lijah. Sabarudin (Din) adalah anak Ayah Husin tetapi dari isterinya yang lain.

Terbaru, Kak Lijah dengarnya tidak berapa sihat dan kini dihospital. Semuga beliau cepat sembuh.

Saturday, March 13, 2010

Abang Bedrol

Abang Bedrol Dan keluarga semasa - Aidil Fitri 1431H

Tuesday, February 16, 2010

Ayah Hussien

Sehingga entri ini ditulis, saya hanya tahu ada 4 orang anak Ayah Hussien, Ngah Siteh, Kak Intan, Kak Lijah dan Din.

Ngah Siteh berkahwin dengan Abang Wei, anak saudara sepupu ibu saya. (Abang Wei juga ialah adik beradik berlainan ibu dengan isteri Ayah Teh Mat Siwa iaitu Embong Juwahir). Tambah menarik, anak Ngah Siteh, Atan pula pula bertemu jodoh pula dengan anak Said, emak said adalah adik bongsu emak saya). Anak Ngah Siteh ramai.

Ada banyak lagi pertalian yang berbelit belit didalam keluarga saya. Kalau disusuri, satu kampung tu semuanya ada pertalian saudara.

Suami Kak Intan juga orang kampung kami, mereka di kurniakan ramai anak, tapi saya hanya kenal Najib saja.

( baru-baru ini berkesempatan mengambil gambar kak Intan dan suaminya Abang Mat
cantik gambar mereka, saya suka, terima kasih izinkan saya ambil gambar
November 2015- Kpg Sanggang Bahagia)


Insya Allah nanti saya susuri kemudian.

Semasa saya mendapat tawaran bersekolah asrama penuh di Kuala Lumpur, Kak Lijah lah yang menjemput saya dan mak di stesen bas Melaka Street dan seterusnya menguruskan pendaftaran saya. Saya masih ingat beliau menghadiahkan saya sehelai blaus yang cantik dan juga baju sejuk.

Thursday, February 11, 2010

PakCek Kudus

Inilah seorang bapa saudara yang rasanya saya paling lama tak jumpa. Kasihan anak-anak saya, kalau saya tak kenal saudara, apatah lagi mereka. Insya Allah nanti kita kenalkan

MakChu Busu Nehiar



Anak beliau cuma Bedul Karim dengan Fozi saja
yang saya kenal rapat sebab lebih kurang sebaya.

Bergambar dengan Pozi dimajlis cukur jambul cucu PakAndak Lah pada 12 Jun 2010

PakAndak Lah




Beliau lama memegang jawatan tok4 menggantikan ayah beliau Aki Chu Man (seingat saya lah). Anak-anak beliau ramai. Yang saya ingat cuma Lina (sebab sama-sama remaja) dan TekBu nama dia unik)

(sumber gambar: Koleksi Jais)


(MakAndak dan MakChu Busu - Jun 2010)

Mak Lang Piah

Ingat MakLang Piah teringat saya kepada anaknya Liwak yang dah puluhan tahun tak berjumpa. Dah berapa orang agaknya anak dia.

Liwak ni ada adik, tetapi, maaflak KakDe tak ingat langsung nama dan orang nya. Nanti kalau kami buat kenduri kendara di kampung, jemputla datang. Bawa semua anak-anak.

PikTang Choh



Saya kenal dua orang saja anak beliau, Kak Genah dan Mat.
Itu pun sebab hampir sebaya.


gambar ini diambil semasa majlis perkahwinan anak mereka baru-baru ini (Jun 2010



Bergambar dengan Kak Genah - kami hampir serupa
(Beliau adalah seorang usahawan kraftangan)


(

Mokde Siti

Tempat tinggalnya tinggi dilangit. hehehe Kpg Bintang la.
Kasihannya saya, langsung tak ingat nama anak-anak dia.

Mokde Siti ni pakar pantun lama. Sesiapa yang berminat, pergilah jumpa dia, kumpulkan khazanah lama, pantun-nya molek-molek. Jarang didengar sekarang

PakWe Nordin



Kami melihat Pakwe ini sebagai seorang yang sangat sangat baik hati dan pemurah. Maklum, sedari dulu lagi ia seorang usahawan yang berjaya. Saya kenal semua anak-anak PakWe, cuma ada beberapa orang yang saya lupa namanya.


Semasa majlis perkahwinan saya, rombongan pengantin lelaki dari Johor Bahru telah bermukim di rumah PakWe. Layanan mesra PakWe sekeluarga masih menjadi sebutan dan kenangan manis mereka hingga kini. Terima kasih PakWe seisi keluarga.

PakNgah Yas

Anak-anak PakNgah Yas ramai. Antaranya Kak Emi, Enja Samsiah, Tan Peri, Mokthar (kalau tak silap), Nomi dan Jekey.

(Sumber gambar: ZakiM.Lias)

(Semasa kecil saya berjiran dengan PakNgah Yas, waktu tengah hari saya selalu bermain dengan kak Emi, beliau bersekolah Inggeris dan kami selalu main sekolah-sekolah, semestinyalah kak Emi jadi cikgu dan saya jadi murid yang terbelit belit lidahnya untuk menyanyi lagu omputih...... Pada masa itu AtanPeri dan Yah masih terlalu kecil.

PundungKu dikampung bersebelahan pula dengan rumah AtanPeri, anak Pakngah Yas )

Tuesday, February 9, 2010

Chu Nerus





Anak Aki Haji Long yang bongsu ini juga pesara kerajaan dan sekarang adalah seorang lagi usahawan tani yang gigih. Anak-anak beliau Azlan dan Chacha di Kuala Lumpur, Yie di Kuantan dan Aris masih seorang siswazah.

(sumber gambar: koleksi Chacha)


(sumber gambar: Koleksi Azlan)

Chu Nerus ibarat pohon yang rendang kepada kami anak-anak saudaranya. Bukan duit dan hartanya yang jadi taruhan tetapi sokongan moralnya yang banyak membantu kami. Tambah lagi hormat kami kerana arwah isterinya bukan saja cantik dan baik hati, tetapi menerima kami seadanya. AlFatihah untuk MakCu

Pakcek Kidam



PakChe' Kidam telah bersara dari jawatan Guru Besar. Beliau bersama isterinya yang lebih dikenali sebagai dengan panggilan Makcek, sekarang adalah usahawan tani yang cemerlang. MakCek memberi khidmat masak-memasak untuk kerja kawin. Tiada masaalah untuk kenduri yang menumbangkan beberapa ekor kerbau. Terima kasih untuk khidmat itu

Pasanga ini mempunyai dua orang anak, Sang di Kuala Lumpur dan Jai seorang pegawai kanan kerajaan.

(sumber gambar: koleksi Jai)


Semasa saya baru masuk darjah satu, Pakcek menghadiahkan saya kotak pensil berbentuk sebatang pensel yang besar. Saya sangat suka hati tetapi Ani dan Kadir seperti irihati. PakCek memujuk mereka, katanya Ani dan Kadir belum bersekolah lagi.





Cikgu Timah



Cikgu Timah berkahwin dengan Cikgu Tioman.
Beliau meninggal dunia sebelum sempat meninggalkan zuriat.

(sumber gambar: gambar lama dikedai Teh Leban Sanggang)

Arwah adalah satu-satunya anak perempuan Aki Haji Long. Dia sangat manja tetapi dia juga suka memanjakan anak-anak saudaranya. Sayalah yang selalu diajaknya berjalan-jalan ke Kuala Semantan (Temerloh laa.. ). Pada masa itu kami menggunakan sungai Pahang sebagai jalan pengangkutan. Saya masih ingat betapa seronoknya menaiki motor (maksud saya motobot ). Selalu kami naik motor Nomin * .

* Salah seorang anak Nomin adalah Cikgu Ilmu Hisab semasa saya bersekolah di Sekolah Menengah Puteri, Batu Tiga, Temerloh. Beliau sangat pandai mengajar dan saya mendapat markah cemerlang dalam mata pelajaran itu. Terima Kasih Cikgu Wok Lijah.


Ayah Teh Mat Siwe

Arwah Ayah Teh Mat mempunyai 4 orang anak. Kadir, kalau tak silap ada 6 orang anak hasil dari 2 perkahwinan. Munah mengikut suami ke Kuantan, Amin berkerja di Kuala Lumpur danYusof ada di kampung ku dan masih bujang. Beliau tinggal bersam-sama ibunya Embong Juwahir. Juga ada kaitan persaudaraan disebelah ibuku.

Ayah Teh membeli rumah "MARA" yang diperbuat daripada kayu. Kepada saya rumah dia sangat cantik. Rumahnya bersih dan lantainya berkilat. Kalau saya kerumahnya, arwah mesti beri saya 20sen. Saya sangat suka hati, maklumlah, pada tahun 60an, 20sen itu sanga besar ertinya. (bayangkan lah pada masa itu, harga tepung 30 sekati manakala harga gula pula ialah 40sen sekati)

saya, kadir dan ani, diantara cucu-cucu terawal dari Aki Haji Long,
kami hampir sebaya dan sangat rapat

(bergambar semasa majlis perkahwinan Yie)

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
\/

(budak tiga orang ini lah yang selalu membuat sepah disorong rumah Aki)

PokDe Li

Ibuku, MakTeh Rahamah adalah isteri pertama ayahku. Dari perkahwinan ini, kami ada empat beradik sahaja. Mereka adalah Tan Lah, pesara tentera dan kini penggiat seni gasing, saya yang lebih dikenali dengan panggilan Kakde kini di JB, adikku Anja di Kelantan dan Lan pula telah menetap dikampung.

(Subang 1986)

Mokde Kalsom melahirkan 5 orang anak hasil perkahwinannya dengan ayahku PokDe Li atau sesetengah orang memanggilnya dengan panggilan Khatib Zali. Raiha mengikut suami menetap di Pekan, Enja pula suaminya bekerja di Kuantan dan Ita yang bertemu jodoh dengan orang utara ini bekerja di Kuala Lumpur. Abang Badrol dan Noni ada di daerah ini.

September 2010

Ayah Badok

Isteri Ayah badok, Mak Ngah Piah telah lama meninggal dunia. Ani dan Abang Wah adalah anak mereka.

Ani ada dua orang anak sahaja. Ija sekarang bekerja di Kuala Lumpur sementara Abdollah masih bersekolah menengah.

Abg Wah mempunyai ramai anak. Ada yang telah berkerja dan berkahwin tetapi ada juga anaknya yang masih bersekolah. Beliau juga telah mempunyai beberapa orang cucu.

Kenangan dengan Ayah Baduk semestilah menunggu durian di Tanjung bersama ani dan sepupu-sepupu yang lain. Kami duduk dipundung dari pagi sampai petang dan makan durian sampai mentet. Bila petang Ayah Bduk datang jemput kami. Malam kami tak rasa panas sebab Ayah Baduk kata, lepas makan durian, jangan lupa minum air dari pansa durian, petua orang tua-rtua agar tak rasa panas selepas makan banyak durian.

Aki Chu Man



Anak-anak Aki Chu Man ni ramai dan saya tidak berapa ingat sangat untuk menyusunnya dengan betul. Anak-anak beliau yang saya kenal adalah PakWe Nordin, Mokde Siti, Pak Andak Lah, Mak Lang Piah, Piktang Choh, Mak Cu Busu dan PakCek Sidek. Rasanya ada lagi anak dia yang tak disebut namanya disini. Zuriat dari keturunan Aki Chu Man ini lah yang paling ramai saya tidak kenal dan tidak tahu nama.

Aki Chu Man sangat suka menyakat saya. Abah selalu membawa saya berbasikal ke rumah Ayahnya Aki Haji Long. Apabila lalu dihadapan rumahnya, Aki Chu Man mesti buat-buat menghalang basikal abah. Saya sangat marah dan menjerit-jerit. Aki Chu Man akan ketawa melihat saya menjerit sambil mempamirkan gigi saya yang ronggak.

Aki Haji Tahir



Aki Haji Tahir ni ada beberapa orang anak
tetapi yang saya ingat cuma PakNgah Yas saja.

Al Fatehah kepada Arwah PakNgah Yas

Ayah Hussien langsung tiada didalam ingatan saya, cuma saya kenal sangat dengan anak-anak beliau iaitu Ngah Siteh, Kak Intan dan Kak Lijah. Seorang lagi anak Ayah Hussien ini ialah Din, saya sudah lupa nama sebenarnya dan tidak tahu dimana ia berada.

Kenangan bersama Aki Haji Tahir sangat manis. Dalam tahun 60an Che' Hawa membawa saya ke Pelabuhan untuk menghantar suaminya Aki Haji Long ke Mekah. Aki Haji Tahir sempat membawa saya masuk kedalam kapal Malaysia Raya (atau Malaysia Kita - tak ingat) untuk melihat kabin tempat menginap Aki saya semasa didalam pelayaran. Sebagai seorang kanak-kanak kampong yang tak pernah keluar desa, saya sangat terpesona melihat kabin kapal kelas dua dimana paip pada sinki nya ada air panas dan air sejuk

Aki Haji Long

Aki saya ini mempunyai enam orang anak dari 2 isteri, Wan Permai dan Che' Hawa .

Dari Isteri pertama dia mendapat Ayah Badok atau lebih di kenali Tan Zain.
Pernah menjawat jawatan Tok4 kpg Badok.
Sekarang beliau masih ada di Badok bersama anak-anaknya.


Pokde Li, atau Katib Zali adalah allahyarham ayah ku.
Adik beradik ku 9 orang dari dua emak, Mak Teh Rahamah dan MokDe Som.
Mak Teh Rahmah adalah emak saya.



Pakteh Mat atau Mat Siwe, adalah adik ayahku.
Beliau telah lama meninggalkan dunia.




Adik perempuan mereka, Cik Timah atau Cikgu Timah meninggal dunia semasa saya berusia 9 tahun.

Semasa Wan Permai meninggal dunia, kesemua anak-anaknya masih budak-budak lagi.
Aki saya kemudian berkahwin dengan Che' Hawa yang berasal dari Trengganu.

Che' Hawa dengan menantu-menantunya

Dua orang bapa saudara saya, Pak Cek Kidam (Cikgu Kidam) dan Pak Chu Nerus adalah anak-anak dari Che' Hawa. Kedua mereka adalah pesara kerajaan dan kini menetap di kampungku


Aki Haji Long ini setiap pagi akan pergi minum kopi di kedai Assam, walau pun sudah kenyang bersarapan dirumah. Saya pula pada masa itu masih budak-budak lagi, belum ada perasaan malu, akan selalu buat-buat bermain dekat kedai Assam. Bila dilihat oleh Aki, beliau akan membelikan saya kueh apam. Bila sudah dapat kueh atau apa-apa saja yang dibeli oleh aki, saya pun balik lah kerumah saya yang tidak jauh dari kedai Assam.
Itulah kenangan manis saya bersama aki.


Keenakaan teh di kedai Assam masih boleh dinikmati hingga sekarang. Cuma ia tidak lagi dikendalikan oleh Assam tetapi oleh tokehnya sendiri. Datang lah kesini dan nikmati resepi yang sudah puluhan tahun dikekalkan.


Moyang Saya

Moyang saya namanya Ngah, tiada gambar didalam simpanan.
Sepanjang yang saya tahu, dia mempunyai 3 orang anak.


Anak yang sulung namanya Long, iaitu aki saya,
nama panggilan adalah Aki Haji Long
atau Pendekar Long,
seorang guru silat yang terkenal didaerah ku.

(sumber gambar: Koleksi Chu Nerus - anak beliau)

Anak kedua namanya Tahir , selalu di panggil Aki Haji Tahir,
diantara orang yang kaya di kampung ku pada masa itu.
Juga orang yang mendahului orang lain dalam hal mengerjakan Haji.
(tiada gambar: sumbangan di alu-alukan)

Anak bongsu pula namanya Osman,
Aki Chu Man ini dikira orang besar-besar jugalah.
Pada masa itu jawatan Tok4 Kampong sangat hebat.
Kawasan seliaannya mencakupi beberapa mukim, iaitu dari
mukim Teluk Sentang hingga ke Bintang
dan dari Loyang hingga ke Bangau,
(sumber: cerita lisan yang saya dengar)

(Sumber Gambar: Koleksi Mat Azi- Cucu beliau)


Ketiga-tiga aki ini telah lama meninggal dunia dengan
meninggalkan ramai zuriat keturunannya.
Walau bagaimana pun, saya hanya mengenali mereka setakat duapupu saja.


Bukan beralasan tetapi mungkin saya tidak bagitu sempat mengenali saudara mara kerana selepas tamat tingkatan tiga, saya terus merantau ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran dan seterusnya berkejaya di Pasir Gudang, Johor
dan bertemu jodoh dengan seorang jejaka kacak JB. :)


Jadi tujuan blog ini di buat adalah untuk
mengumpulkan saudara-mara dari keturunan aki-aki saya ini.

Jika anda merasa ada kaitaan dengan mereka,
email saya melalui norziahg@tm.net.my

Salam Persaudaraan dari saya
Yang Jauh di dekatkan,
yang dekat di mesrakan