Tuesday, February 16, 2010

Ayah Hussien

Sehingga entri ini ditulis, saya hanya tahu ada 4 orang anak Ayah Hussien, Ngah Siteh, Kak Intan, Kak Lijah dan Din.

Ngah Siteh berkahwin dengan Abang Wei, anak saudara sepupu ibu saya. (Abang Wei juga ialah adik beradik berlainan ibu dengan isteri Ayah Teh Mat Siwa iaitu Embong Juwahir). Tambah menarik, anak Ngah Siteh, Atan pula pula bertemu jodoh pula dengan anak Said, emak said adalah adik bongsu emak saya). Anak Ngah Siteh ramai.

Ada banyak lagi pertalian yang berbelit belit didalam keluarga saya. Kalau disusuri, satu kampung tu semuanya ada pertalian saudara.

Suami Kak Intan juga orang kampung kami, mereka di kurniakan ramai anak, tapi saya hanya kenal Najib saja.

( baru-baru ini berkesempatan mengambil gambar kak Intan dan suaminya Abang Mat
cantik gambar mereka, saya suka, terima kasih izinkan saya ambil gambar
November 2015- Kpg Sanggang Bahagia)


Insya Allah nanti saya susuri kemudian.

Semasa saya mendapat tawaran bersekolah asrama penuh di Kuala Lumpur, Kak Lijah lah yang menjemput saya dan mak di stesen bas Melaka Street dan seterusnya menguruskan pendaftaran saya. Saya masih ingat beliau menghadiahkan saya sehelai blaus yang cantik dan juga baju sejuk.

3 comments:

  1. anak kak intan memang ramai.. kami 10 beradik semuanya...saya adalah anak yang ke-3.. kami adik beradik memang tak pernah jumpa dan kenal arwah aki dan wan kami sebelah mak...kalau mok de ada gambar2 mereka boleh tak post disini untuk kami mengenali macamana rupanya wan dan aki kami....thanks

    ReplyDelete
  2. Setakat hari ini belum ada. Terima kasih ziarah blog ini

    ReplyDelete
  3. Kak Lijah memang pemurah dan suka menolong. Tapi sekarang Kak Lijah dah tak sihat. Ada di rumah Pak Wea Nordin di Lubuk Kawah.

    ReplyDelete